Monday, August 28, 2006

Ketiadaan Pegangan

Perlahan-lahan kau berkata
Tak ada yang penting tak ada yang utama
Segala perkara menggusarkan makna
Barangkali adanya memikirkan sukarnya
Tentu begini bukan perkara biasa
Banyak orang terdorong kerana berpura-pura
Sampai sendiri ternganga kerana kecuaiannya
Berdiri di bawah mega mencakar-cakar muka

Ah, terlalu sepi menghadapkan muka
Ke langit lapang menyaksikan perubahan
Bintang berjatuhan dan bulan kehibaan
Memerhatikan manusia ketiadaan pegangan;
Ada yang memikir dunia besok hancur
Sekarang lekas-lekas menggali liang kubur
Bercakap dan mengigau dalam galian dinihari
Menantikan tumbangnya sebuah harga diri.

-Masuri S.N

Kosong

Aku fikir perasaan kosong itu akan hilang dengan sendirinya pagi ini. Semalaman mata ini tidak dapat lena. Aku cuba pejamkan mata dan fikirkan perkara yang indah. Namun cuma air mata yang mengalir dari kelopak mataku yang membuat fikiranku makin bercelaru.

Terasa sebahagian besar dalam diriku mati.

Aku tewas.. sekali lagi.

Thursday, August 24, 2006

Sesaat Kau Datang

Engkau datang
Ketika aku jatuh bangun dan jatuh
Dalam langkah menyusuri kehidupanku yang kelam
Dan hampir-hampirku tak dapat melangkah lagi

Dirimu hadir
Bagaikan sinar menerangi jalanku
Kau tunjukkan arah mana yang kini haru kutempuh
Agar kutak sesat lagi seperti dulu

Bersama bayanganmu kasih
Seakan-akan kuterjaga dari mimpi-mimpi
Dari kehidupan yang semu dan melenakanku
Membuat kuterlupa akan segala-galanya

Hari ini hari ini
Aku mencuba berdiri dan melangkah lagi
Bila esok sinar mentari pagi kan bersinar lagi
Akan ku menuju cita-cita yang pasti

-Utha Likumahua