Monday, August 28, 2006

Ketiadaan Pegangan

Perlahan-lahan kau berkata
Tak ada yang penting tak ada yang utama
Segala perkara menggusarkan makna
Barangkali adanya memikirkan sukarnya
Tentu begini bukan perkara biasa
Banyak orang terdorong kerana berpura-pura
Sampai sendiri ternganga kerana kecuaiannya
Berdiri di bawah mega mencakar-cakar muka

Ah, terlalu sepi menghadapkan muka
Ke langit lapang menyaksikan perubahan
Bintang berjatuhan dan bulan kehibaan
Memerhatikan manusia ketiadaan pegangan;
Ada yang memikir dunia besok hancur
Sekarang lekas-lekas menggali liang kubur
Bercakap dan mengigau dalam galian dinihari
Menantikan tumbangnya sebuah harga diri.

-Masuri S.N

0 Comments:

Post a Comment

<< Home